Friday, August 15, 2008

kod undang-undang hammurabi









kod undang undang hammurabi ini adalah undang-undang tertua didunia..waktu aku belajar sejarah dulu,fakta mengatakan yang undang-undang ini dinamakan kod undang-undang hammurabi bersempena nama raja yang mencipta undang-undang tersebut iaitu raja hammurabi.. kod undang-undang ini diukir disempanjang jalan utama bandar babylon ketika itu dan mengandungi 282 undang-undang..tujuannya supaya rakyat dapat melihat sendiri undang- undang yang termaktub ketika itu..betapa dunia sejarah mengkagumi penninggalan kerajaan ini dan dijadikan bukti sejarah dunia yang begitu dibanggakan.



minatku pada sejarah...

Tuesday, August 12, 2008

kepercayaan animisme

assalamualaikum,
kenangan zaman bersekolah ketika dulu yang tak minat subjek sejarah tapi tup2 menjadi kenangan..siapa yang ada kenangan amik subjek ni waktu form 6 mesti faham betapa beratnye subjek ni...agama dan kepercayaan merupakan subjek yang awal2 diajar pada masa tu...kepercayaan animisme ni wujud dalam tamadun awal manusia didunia termasukla keturunan kita pada dahulu kala...animisme ini merupakan kepercayaan nenek moyang satu ketika dulu... setiap tamadun mempunyai kepercayaan anismisme yang berbeza tetapi sebenarnya sama...kepercayaan kepada langit,pokok,roh dan hukum alam...kepercayaan anismisme merupakan kepercayaan kepada alam semesta..alam sekeliling memainkan peranan ketika itu dan menyebabkan manusia percaya mengenai hukum alam...jika dimalaysia mungkin nenek moyang kita menyembah pokok,lautan,busut atau apa-apapun bukanla kerana mereka inginkan tetapi pengetahuan ketika itu adalah lemah...jika tidak mengapa pada zaman mesir dahulu raja dianggap sebagai tuhan sedangkan mereka juga manusia seperti kita,begitu juga pada zaman mesopotamia dimana mereka mempercayai selepas mati mereka akan tinggal ditempat yang gelap dan cuma ada habuk saja...namun itu berlaku pada zaman tamadun awal manusia...apabila manusia semakin berilmu maka wujud agama hindu diikuti budhha dan agama2 lain seperti agama yang saya anuti iaitu islam...

percayalah sebelum kita mempunyai agama dan keturunan yang kukuh...nenek moyang kita telah mengharungi perjalanan hidup yang panjang...bermula dengan zaman prasejarah dimana merupakan zaman batu hinggalah zaman bertamadunyang kita miliki hari ini....saya begitu tertarik dengan zaman tamadun awal seperti tamadun indus yang memiliki kota mohenjodaro dan harrappa...tamaduna yunani yang memiliki kota athens, tamadun chini yang memiliki hwang ho,kota mesopotamia yang terletak di iraq kini dan rasanya ada lagi yang saya dah lupa..
tapi... kesemua tamadun awal dan kotanya terletak dilembah sungai..

1. kota mohenjodaro dan harrappa terletak di persisiran lembah sungai indus...dan kota ini terkenal kerana mencipta sistem perparitan dan pembentungan yang terawal didunia..

2. tamadun china di hwang ho terletak di lembah hwng ho atau lebih dikenali dengan lembah kuning...dan membina banyak dinasti dan telah jatuh ditangan seorang maharani...

3. tamadun kota mesopotamia ini terletak diantara dua sungai iaitu tigris dan euphratus...dan paling terkenal dengan undang2 tettua didunia iaitu kod undang2 hammurabi pada zaman pemerintahhanya...

4. tamadun yunani mempunyai negara kota athens dan sparta dan terletak dilembangan lautan mediterranen atau laut hitam...dini telah bermulanya zaman politik dan sukan olimpik...


dan dimalaysia sejarah kita hanya bermula pada zaman kesultanan melayu melaka....dan kajian menunjukkan kedatangan agama islam pling awal dinegara kita tercatat pada penemuan batu bersurat di kuala berang,terengganu..

hayati dan kailah asal usul keturunan kita sendiri

Wednesday, August 6, 2008

sekadar kata-kata

yang gelap akan terang
yang hilang akan datang
kenali aku akan dirimu
ketahui aku akan salahmu

yang sesat pulang
yang hilang datang
yang nakal kembali ke asal


dari novel kembar terpilih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...