Monday, November 10, 2014

KERJA KITA ADALAH STANDARD KITA




KERJA KITA ADALAH STANDARD KITA

Telah menjadi lumrah kehidupan manusia dimana mereka tidak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh apabila melakukan kerja yang bukan menjadi minat mereka.

Namun, satu perkara yang perlu difahami adalah kerja kita mengambarkan “standard”kita.

Sekiranya kita tidak boleh melakukan tugasan yang baik ketika ini, kebarangkalian kita akan melakukan tugasan yang lebih baik pada masa depan adalah amat tipis.

Reputasi kita adalah bermula dengan tugasan ketika ini. Rakan-rakan kita dan bos anda boleh melihat mutu tugasan yang kita berikan.

Sekiranya mereka melihat anda melakukan tugasan seperti melepaskan batuk ditangga, cukup sukar untuk anda memperolehi peluang lebih baik pada masa akan datang.

Banyak kisah yang telah kita dengar mengenai seorang pekerja bermula dari bawah dan terus bergerak maju sehingga tangga yang tertinggi.

Formulanya mudah saja. Lakukan yang terbaik untuk setiap tugasan yang diamanahkan.

Kita akan temui lebih banyak peluang yang lebih baik pada masa hadapan apabila kita melakukan yang terbaik untuk setiap tugasan kita ketika ini.


Di pagi ini, hargailah setiap tugasan yang diberikan dan lakukan yang TERBAIK dan termampu demi menyiapkan tugasan yang diberi!

Saturday, November 8, 2014

Belajar Mengingat

Kita buka buku teks sejarah mengenai Perjanjian Inggeris - Belanda 1824, kita cuma baca sahaja.

Cikgu beri penerangan tentang Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, kita dengar tapi tak lihat apa yang cikgu tulis di papan hitam.

Barangkali kita lihat tapi suara cikgu tak dengar dengan jelas sebab hujan ketika itu. Jadi kita masih dapat lihat apa yang cikgu tulis di papan hitam dan pergerakan cikgu.

Kalau kita dengar dengan jelas dan lihat dengan jelas selepas membaca mengenai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 maka ingatan kita sudah capai 50 peratus ingat dan faham, tambah 10 peratus jika kita sudah baca.

Kita bincang dengan kawan dan saling soal menyoal, kemudian kita buat latihan. Ketika itu kita ingat 90 peratus iai kandungan dan sejarah Perjanjian Inggeris - Belanda 1824.

Adakah kita benar-benar ingat.

Wednesday, November 5, 2014

Terima Kasih Ruangan Pena Menaip

Terima Kasih Ruangan Pena Menaip

Terima kasih atas iklan nuffnang yang berderet-deret.

Alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...