Saturday, February 27, 2010

siapakah

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu, solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau tidak menceritakan apa yang telah dibaca kepada orang lain.

Wednesday, February 17, 2010

kian kita lupa (antologi kasut kelopak jantung)

KIAN KITA LUPA.

Kian kita lupa
pada usul jerih bangsa
bila mewah harta di birai mata

Kian kita lupa
pada derita moyang dahulu kala
bila asyik riak dan berbangga

Kian kita lupa
pada azab dan seksa di sana
bila Tuhan melimpahkan kurnia
Tetapi,
kita hanya tak lupa
bila terlewat masa
untuk menyesali segala
terlanjur laku dan bicara
bahagia bertukar derita
gembira menjadi duka.

ringkasan dan pemahaman

agak sukar untuk mengajar tingkatan 1 kerana buku rujukannya kurang juga buku untuk tingkatan 2...Agak payah mencari2 di internet semua maklumat yang saya perlukan. Apa yang saya lakukan, saya akan mengganbungkan soalan untuk ujian mengikut sukatan yang perlu iaitu untuk tatabahasa hanya setakat kata adjektif. Masalah mencari tajuk yang sesuai untuk pemahaman menyukarkan tugas namun saya berjaya menjumpainnya. Insyaallah saya akan menempelkan contoh karangan ringkasan dan pemahaman pada masa akan datang. Jika masih dalam menengah rendah saya masih boleh belajar dengan baik hingga menjadi terbaik.

Saturday, February 6, 2010

pak belalang

Pak Belalang adalah salah satu prosa tradisional dalam Antologi anak Bumi tercinta.Agak mudah mengajar mereka kerana kita boleh merujuk kepada cerita Nujum Pak Belalang lakonan Alwahyarham Tan Sri P.Ramlee. Cuma penekanan kepada tema iaitu kebijaksanaan seseorang. Gaya bahasa yang digunakan masih jelas adalah bahasa dahulu kala iaitu bahasa istana kerana merujuk kepada taat setia rakyat kepada raja, bahasa arab kerana ketika itu telah wujud masyarakat beragama Islam. Saya tidak menerangkan setiap penekanan sepenuhnya kerana boleh diperolehi dalam blog cikgubm. Saya akan memberi penerangan didalam kelas dan meminta pelajar jangan sesekali mencari jawapan didalam buku rujukan tetapi menjawab soalan mengikut pemahaman mereka. Bukan mudah mengajar dikelas pertengahan dan kelas akhir kerana konsep yang diberi perlu berbeza.

pantun dua kerat

untuk pantun budi bagi puisi tradisional...sebagai guru mestilah saya memulakan sesi dengan membaca pantun dengan antonasi yang betul...diikuti oleh pelajar secara rawak dan mengikut kumpulan.Bagi saya biarlah pelajar membaca mengikut cara mereka tetapi mengikut antonasi yang betul.

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas

bab 1 novel sukar membawa tuah


Bab 1 – Inilah Dunia Kami (sinopsis dari blog cikgu munsyibm)

Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di hutan pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia meletakkan kembali belat tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi.

...................................................................


semalam saya mengajar pelajar tingkatan 1 ringkasan untuk bab 1 atau lebih kepada sinopsisnya....


begini...latihan


Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak Katan adalah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam....So selepas penerangan latihan ini barulah saya akan memasukkan kisah hidup mereka. Saya akan meminta pelajar tingkatan satu membaca secara rawak yang saya pilih. Selalunya saya tidak akan menyuruh mereka membuat latihan yang banyak. Saya akan meminta mereka membaca satu hingga dua perenggan kerana saya ingin mengenalpasti pelajar yang mahir dan kurang mahir dalam bacaan. Selepas itu latihan dibuat dan saya akan meminta mereka mengisi tempat kosong. Saya akan menerangkan kepada mereka watak-watak yang ada didalam bab 1 ini. Oleh kerana saya sentiasa memupuk minat membaca dan ingin mereka menjadi berani sejak tingkatan 1, saya akan sentiasa memilih yang benar-benar layak ke depan. Saya juga ingin mereka merasakan subjek Bahasa Melayu bukanlah memboringkan mereka apatah lagi adanya komponen sastera.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...