Wednesday, October 9, 2013

Ringkasan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: 

* Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020. 
* Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun akan datang. 


* Merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020. 

* Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. 

* Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

* Mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia dan setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kcekapan. 
* Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun bermula pada umur enam tahun dengan disokong program pengekalan yang disasarkan. 

* Melancar Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017 bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan. 

* Standard pembelajaran yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan. 

* Merombak peperiksaan kebangsaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara berperingkat dengan menjelang 2016, soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40 peratus daripada soalan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

* Menjelang akhir 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik akan dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan pendidikan yang ditawarkan. 

* Menjelang 2025, pelajar Orang Asli, kumpulan minoriti lain, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran akan disediakan sekolah yang mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. 

* Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

* Menjelang 2025, setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa tambahan supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global. 

* Tumpuan menambah bilangan guru bahasa Cina, Tamil dan Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa sepadan dengan keperluan pelajar, selain memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun. 


* Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas. 


Ringkasan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

* Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras pengajaran, dengan sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang khusus di peringkat sekolah. 

* Mulai 2015, semua sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas bermula dengan Sabah dan Sarawak. 


* Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berpotensi sebagai penaja. 


* Kementerian Pendidikan akan menerbitkan laporan tahunan tentang perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam pelan ini. 

* Kementerian Pendidikan akan membuat semakan berkala tentang pencapaian utama sepanjang pelaksanaan pelan ini pada 2015, 2020 dan 2025. 

- BERNAMA

Sunday, August 18, 2013

Buku Online Panduan Lulus MUET






Seriusly rasa macam tak percaya mudahnya anak muda zaman sekarang lagi-lagi yang Form Six (Tingkatan Enam) yang ambil MUET (Malaysia University English Test). Agaknya jika adalah Ebook ini pada zaman saya  mesti saya pun baca dan beli jugak sebab saya nak dapat band tinggi dalam Muet.



Panduan Lulus MUET



Saya dulu ambil Muet tiba-tiba sahaja sebab ia adalah salah satu silibus Form Six, saya ambil dua kali waktu Tingkatan Enam Atas, kali pertama tengah tahun dan kali kedua hujung tahun. Muet bukan menyasarkan kepada golongan pelajar sahaja tapi ia lebih bersifat terbuka untuk semua warganegara. Ia adalah test Bahasa Inggeris kamu, paling seram time discussion empat orang depan cikgu panel entah dari mana itu memang gigil badan, sampai sekarang dok broken english.



Panduan Lulus MUET



Time belajar dulu saya pun sama suka cari dekat gedung buku bersifar Skor A, seriusly buku Skor A telah menyebabkan saya Skor A subjek favourite saya, no wonder zaman sekarang anak muda tak perlu lagi pergi kedai buku beli buku ilmiah, sekarang kedai buku dah di onlinekan, penulis buku pun banyak onlinekan buku mereka untuk memudahkan bacaan dan pembelian zaman IT. So, saya perkenalkan buku online Panduan Lulus Muet, orang panggil buku online ini ebook, sebab kita baca secara maya, dah bukannya tak boleh kita bukukan, print sahaja helaian demi helaian jika kamu rasa cara bacaan bercorak buku nyata lebih mudah.



Panduan Lulus MUET



Bagi kamu wahai anak muda, mungkin ebook Panduan Lulus Muet ini amat sesuai untuk tingkatkan skor kamu kepada band yang lebih tinggi, band yang tinggi akan increase markup kamu untuk jejak kaki ke universiti mahupun bidang perkerjaan yang lebih profesional. Alahamdulillah berkat dua kali ambil Muet saya lulus kedua-duanya, sekolah saya memang beri peluang dua kali untuk ambil Muet bagi tingkatan 6 ketika itu supaya kita diuji dua kali. Hasilnya akak lulus Muet, cepatnya masa berlalu. Nak skor dalam bidang ilmu sebenarnya kena banyak baca buku memotivasikan diri dan mendekatkan diri dengan ilmu, selamat membaca ebook Panduan Lulus Muet untuk menambah ilmu pengetahuan sebelum menempuh test kamu. Klik link di bawah untuk pengetahuan lebih tentang panduan lulus MUET:



Panduan Lulus MUET







Buat adik-adik jika kamu tak mampu membeli, baca sinopsis ringkasan ebook pun sudah cukup sebagai manfaat buat kamu. Selamat berjaya dalam exam Muet, dulu saya sekarang giliran kamu pula, jangan lupa banyakkan berdoa.






hak cipta bukan untuk dimanupulasikan

Thursday, April 11, 2013

Guru Cemerlang anak didik gemilang


Petikan dari :
Berita Harian, 23 Mei 2005



GOLONGAN ilmuan adalah salah satu aset yang sangat berharga kepada negara. Peranan mereka menjadi tanggungjawab yang sangat penting, bagi memenuhi hasrat kerajaan dan rakyat negara kita, untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing.

Mendidik manusia yang berilmu bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ia memerlukan usaha yang berterusan. Oleh itu sewajarnyalah guru diberi penghormatan yang tinggi, sebagaimana firman Allah SWT:
Bermaksud: "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan (Allah meninggikan) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat." (Surah Al-Mujaadah, ayat 11)

Guru hendaklah mendidik murid mereka dengan penuh semangat dan kesungguhan, di samping mengemaskinikan teknik pengajaran dan cara penyampaian ilmu yang berkesan, semoga dengan itu apa yang diajarkan, akan meresap ke dalam jiwa dan sanubari murid, dengan itu, mereka mudah memahami dan menerima segala pelajaran yang mereka pelajari.

Guru hendaklah berusaha menyesuaikan dirinya dengan semua pelajar di sekolahnya, supaya dengan itu segala ajarannya akan memberi kesan kepada semua murid-murid, Imam Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya Ulumuddin' menyatakan, bahawa sifat guru itu menjadi berkesan dalam jiwa murid melalui tiga peringkat :

Ilmu pengetahuan (pengetahuan seseorang mengenai sesuatu konsep).

~Penerangan yang mendalam terhadap konsep itu.
~Perubahan yang timbul hasil dari ilmu yang diperolehi.
`Guru yang cemerlang akan melahirkan anak didik yang gemilang, ianya terbukti sebagaimana Rasulullah SAW sendiri merupakan seorang pendidik yang cemerlang sehingga lahirlah di zamannya sahabat-sahabat yang hebat seperti Khulafa' Ar-Rasyidin, Abdul Rahman bin A'uf, Abu Hurairah, Saad bin Abi Waqas dan sebagainya.

Golongan guru atau ilmuan juga pernah disebut oleh Rasulullah SAW seumpama bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan di lautan, ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik yang bermaksud :

"Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini adalah seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk bagi menerangi kegelapan samada di darat atau di lautan. Apabila ia terbenam atau hilang, dikhuatiri akan hilang arah petunjuk."

Pembentukan adab dan budi pekerti juga perlu menjadi tunggak kepada setiap pendidik, bagi memastikan budaya hormat-menghormati, kasih-mengasihi sesama manusia dan segala sifat yang terpuji diamalkan oleh generasi muda masa kini dan di masa-masa yang akan datang. Ibnu Khaldun sangat menekankan soal adab dan dalam mendidik peribadi manusia, sebagaimana sabda Rasulullah bermaksud :

"Muliakanlah anak-anak kamu dan perelokkanlah budi pekerti mereka."

Bagi mengangkat martabat pendidikan, kita hendaklah menghormati guru dan meletakkan mereka setaraf dengan para ilmuan serta ahli profesional yang lain, sesuai dengan pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Untuk itu, hak pendidik dan para ilmuan perlu diingati, Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan, bahawa hak orang alim ada 7 :

1 Jangan banyak bertanya dan bertanya bila dia bersedia untuk menjawab.
2. Jangan halang jika dia hendak berdiri.
3. Jangan buka rahsia di hadapannya.
4. Jangan mengumpat orang di hadapannya.
5. dia kerana Allah.
6. Jangan duduk membelakanginya.
7. Jika ada keperluan lain, utamakanlah keperluannya.

Adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga kemuliaan dan mengangkat martabat guru, sejajar dengan apa yang telah disebut oleh Islam :

~Memberi layanan yang baik dan beradab terhadap guru.
~Mengenang jasa mereka yang mendidik anak-anak kita.
~Menyebarkan sejarah kecemerlangan ulama'-ulama' dan ilmuan dalam peradaban Islam.
~Menerbitkan buku dan risalah yang membicarakan ketokohan guru dan kemuliaannya.
~Sentiasa mendoakan guru dan bekas-bekas guru, agar di tempatkan bersama para Solehin.

Jesteru itu, marilah kita bersatu hati bersama para guru, menggembeling tenaga, bagi menyemai benih keimanan dan ketaqwaan, agar terbentuk sebuah negara maju dan cemerlang, kerana negara akan maju jika rakyatnya berpengetahuan dan berkemahiran, negara akan aman, jika rakyatnya beriman serta mengamalkan ajaran Islam. Negara akan hancur sekiranya rakyat berpecah-belah dan negara akan mundur sekiranya rakyat malas dan lemah.

Tip Bahasa Melayu PMR


 Bahagian A (1)- Rumusan

1. Cari lebih dari 6 isi dan hafal semua penanda wacana
2. Tidak lebih 80 patah perkataan.
3. 1 perenggan sahaja

A (11) Pemahaman

Soalan 1 dan 2 menguji kefahaman kamu tentang petikan. Jawapan perlulah di dalam bentuk ayat. Jangan sesekali menggunakan point mahupun sengkang.


Bahagian B - Karangan Berpandu


Karangan berpandu atau dikenali sebagai karangan berdasarkan bahan rangsangan memerlukan pendahuluan, 3 atau 4 isi dan penutup. Karangan berpandu mungkin akan diberi dalam bentuk carta, gambar mahupun jadual. Ambil maklum bahawa kamu perlu menulis dalam bentuk 5 perenggan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahagian C (Karangan Umum)

Buat pilihan tepat kerana kamu diberi pilihan untuk memilih tajuk. Jika saya adalah guru kamu, saya akan meminta kamu membuat pendahuluan, 5 isi dan penutup untuk menghasilkan 7 perenggan. Karangan umum ini boleh melebihi 360 patah perkataan.


Bahagian D

Soalan adalah berdasarkan novel yang kamu pelajari. Buat dalam bentuk karangan dan berperenggan. Oleh kerana soalan ini membawa kepada 10 markah maka seeloknya kamu memiliki 5 isi jawapan. Panjang karangan juga saya galakkan melebihi sejengkal tangan kamu atau separuh kertas.


Penting untuk kamu menulis dalam keadaan kemas dan tulisan yang cantik. Jika tulisan kamu kelihatan cakar ayam mahupun comot, ini akan menyukarkan guru menanda kertas jawapan. Didik diri untuk sentiasa ingat bahawa setiap soalan di kertas 2 perlu dijawab dalam bentuk karangan.


Tips ini relevan buat calon PMR dan pelajar menengah rendah dan tidak sesuai bagi calom SPM.

Saya Pilih Malaysia

Sempena PRU13, semarak patriotik perlu dalam diri, Saya Pilih Malaysia

 Mengukir sejarah
 Seiring Selangkah
 Senada kita bersama
 Menuju ke satu arah

 Keliling kita
 Mimpi jadi nyata
 Semuanya terlaksana
 Kerana pilihan kita

 Dan ku pilih
Untuk terus setia
Dengan apa yang terbukti
Dan terbaik untuk kita

 Ku pilih bersatu
Teguh terus maju
Dan ku tahu di hatiku
 Hanya pilihan yang satu

 Ku pilih Malaysia
 Berdiri teguh
 Perjalanan masih jauh
Jiwa telah tersentuh
 Terang lagi bersuluh 

Ku pilih Malaysia
 Untuk terus setia
Dengan apa yang terbukti
Dan terbaik untuk kita

 Ku pilih bersatu
Teguh terus maju
Dan ku tahu di hatiku
 Hanya pilihan yang satu
 Ku pilih Malaysia
Ku pilih Malaysia

Doa Tuntut Ilmu

Doa tuntut ilmu merupakan doa penerang hati


Tuesday, February 12, 2013

Inilah Dunia Kami

Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak Katan adalah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam....So selepas penerangan latihan ini barulah saya akan memasukkan kisah hidup mereka. Saya akan meminta pelajar tingkatan satu membaca secara rawak yang saya pilih. Selalunya saya tidak akan menyuruh mereka membuat latihan yang banyak. Saya akan meminta mereka membaca satu hingga dua perenggan kerana saya ingin mengenalpasti pelajar yang mahir dan kurang mahir dalam bacaan. Selepas itu latihan dibuat dan saya akan meminta mereka mengisi tempat kosong. Saya akan menerangkan kepada mereka watak-watak yang ada didalam bab 1 ini. Oleh kerana saya sentiasa memupuk minat membaca dan ingin mereka menjadi berani sejak tingkatan 1, saya akan sentiasa memilih yang benar-benar layak ke depan. Saya juga ingin mereka merasakan subjek Bahasa Melayu bukanlah memboringkan mereka apatah lagi adanya komponen sastera.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...