Web Statistics

Pendidik, Tingkatan1

Tuesday, March 22, 2011

Jawapan Pantun Empat Kerat (Teka-teki)



Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka?

Jawapan : Ikan Pari


Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara,
Makin diisi makin ringan.

Jawapan : Belon


Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu,
Apa binatang darahnya hitam,
Janggut delapan, tulangnya satu?

Jawapan: Sotong


Ambil betik potongkan pisau,
Buah masak pokoknya rendah,
Kecil-kecil berbaju hijau,
Sudah besar berbaju merah.

Jawapan: Cili

Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga si pucuk rebung;
Kalau tuan bijak bestari,
Apa dia tanduk di hidung?

Jawapan : Badak Sumbu

6 comments:

Rachel said...

yang pertama ialah paku payung la cikgu NOOB!

Danial Hakimi said...

541Kepala hotak hang paku payung, betol la ikan pari noob

jawani saidi said...

hehe

jawani saidi said...

hai kwn2 boleh ke kwn2 jwab pantun klau sya bgi soalan pantun ni

jawani saidi said...

mat malam kwn2

ila umi said...

Haiwan INI banyak di hutan
Banyan kaki madam lipan
Bawah pokok Cari makan
Burung nampak mesti makan
APA dia....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...