Wednesday, April 21, 2010

rutin harian Adit bermula dan Impian Adit

Ringkasan Bab 2

Rutin harian Adit bermula

*Adit mengikut ayahnya Pak katan ke hutan mengutip hasil hutan di pagi hari. Masyarakat mereka masih mundur dan percaya untuk mewarisi peninggalan nenek moyang menjaga hutan. Jauh di sudut hati Adit ingin ke sekolah seperti rakannya akeh yang mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Orang Asli. Adit tidak bersekoalah walaupun berusia sebelas tahun kerana ayahnya ingin dirinya mewarisi pekerjaannya suatu hari nanti.

-Ini cuma ringkasan yang di buat oleh anak-anak murid saya.



Ringkasan bab 3


Impian Adit


Hari ini saya mengajar di kelas tingkatan satu yang agak kebelakang namun saya amat bangga dengan pencapaian mereka yang boleh menyenaraikan watak Adit. Sungguh berjaya misi pelajaran saya walaupun baru kali ke tiga mereka berada dalam sesi novel. Saya amat suka apabila mereka boleh menyatakan Adit merupakan anak Pak Katan dan Mak Tawi, kawan baik Akeh, berusia sebelas tahun dan tidak berpendidikan. Secara tidak sengaja seorang pelajar saya berkata yang mereka ini kaum Orang Asli dan tidak beragama. Ini menunjukkan mereka faham. Latar tempat amat penting dan mereka dapat menyenaraikan latar beserta pekara yang berlaku ketika itu seperti Hutan sebagai tempat mereka mencari rezeki. Bila kita mengajar dalam teknik penceritaan pelajar akan lebih mudah mengingatinya. Bagaimana cara untuk mereka mudah memahami iaitu meminta mereka menyenaraikan sendiri di papan hitam barulah mereka menggunakan kebijaksanaan berfikir.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...