Monday, May 18, 2009

negara kota mohenjodaro dan harappa

pernahkah kita melihat gambar kenangan kota ini...cuma serpihannya sahaja masih wujud...adalah rugi jika kita tidak tahu mengenai sejarah negara kota waktu sekolah2 dulu sebab cikgula orang yang paling banyak ilmu untuk pelajar...sedikit ingatan menyingkap kewujudan negara kota mohenjo daro dan harappa time form 4,5 & dikuatkan pada form 6....kota ini terletak di tamandun indus iaitu di persisiran sungai indus...sejarah membuktikan setiap penempatan akan muncul di persisiran pantai....peninggalan tamadun indus ini musnah akibat pembinaan landasan kereta api pada pemerintahan british...pada masa itu mereka tak tahu itu adalah kota penempatan pertama dimana sistem perparitan,pembentungan dan penudaraannya adalah amat terancang dan tertua didunia....jadi ia adalah sejarah dunia yang patut diingat...

link ke http://www.geocities.com/cominglucky/mdharappa.htm untuk mengetahui mengenai tamadun itu sendiri....

perlu kita ingat....buku adalah paling berguna sebagai bahan ilmiah dan rujukan.....dan guru adalah pelita yang meneranginya....

runtuhnya dinasti manchu di tangan maharani dawegar

secara amnya...telah aku belek internet search mengenai maharani dawegar tapi takde....minat aku pada subjek sejarah form six menyebabkan aku masih ingat cikgu razak kata "keruntuhan dinasti manchu adalah pada pemerintahan seorang wanita iaitu maharani dawegar"...mungkin aku silap ejaan...sedikit maklumat yang aku dapat adalah mengenai sebuah buku...empress orchid dan the emperial women....kedua-dua buku ini menceritakan mengenai ibu suri....

namun itu fakta sejarah.............tak pandai aku menilai dan aku confius bagi pihak diri sendiri.....yang penting dinasti terakhir china iaitu dinasti ching atau manchu...sekarang mana ada dinasti lagi....dan seingat aku maharani dawegar ni berkuku besi....maksud kuku besi adalah corak pemerintahannya adalah berkuku besi....mungkin buku sejarah dunia waktu form six boleh membantu...

Monday, May 11, 2009

cara memikat mengikut sunnah

1. menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu. Cth: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim) Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis telah mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati anda

2. boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta'ah (muslim 1525). Imam Nasa'iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa'iy 3133)

3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa'ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan RasuluLlah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda utk meminang wanita tsb.

4. menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman. Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan utk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213) Begitulah antara cara memikat si dia menurut asSunnah. selamat mencuba. Sekian WA

Sunday, May 10, 2009

hikmah Ayat Al-Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

waallahhuallam

Saturday, May 9, 2009

kenapa Yoga diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Nov 2008

utusan malaysia 22.11.2008


PUTRAJAYA 22 Nov. – Amalan senaman yoga secara sistematik iaitu membabitkan gerakan fizikal, bacaan mentera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan bertentangan dengan syariat Islam.
Oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik itu kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
‘‘Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan, senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak Sebelum Masihi itu yang menggabungkan amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah.
‘‘Ahli muzakarah memutuskan apa juga jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang juga Setiausaha Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Keputusan mengenai fatwa yoga itu dilakukan pada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-83 di Kota Bharu, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober lalu.
Sebelum ini, seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.
Setakat ini, pengharaman senaman yoga telah dilaksanakan di Singapura dan Mesir.
Menurut Abdul Shukor, umat Islam dinasihatkan agar menjauhi amalan yoga meskipun sekadar mempraktikkan pelbagai variasi senaman fizikalnya kerana ia adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem senaman tersebut.
‘‘Kalau setakat kita duduk macam yoga itu tidak ada masalah, lagi pun ia ada beratus jenis pergerakan, tetapi masalahnya amalan senaman itu adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem yoga.
‘‘Amalan fizikal itu hanya peringkat pertama, kita minta umat Islam berhati-hati, takut mereka tidak tahu ilmu yoga itu ke mana matlamat akhirnya dan ini mungkin boleh jadi membawa kepada kesesatan,” tegasnya.
Beliau menjelaskan, ini kerana dalam Islam terdapat tiga elemen yang boleh menjejaskan akidah iaitu keyakinan hati, pengakuan dengan lidah dan perbuatan.
Katanya, memandangkan sekurang-kurangnya terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis.
Bagaimanapun, beliau menyatakan, fatwa tersebut tidak bermaksud untuk menghalang orang bukan Islam mengamalkan yoga kerana hak kebebasan mengamalkan kepercayaan agama mereka adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjaga kepentingan dan akidah umat Islam dan pada peringkat ini, kita menggunakan pendekatan menasihat dan memaklumkan kepada umat Islam tentang pandangan Islam terhadap yoga.
‘‘Soal sama ada pandangan muzakarah akan dijadikan fatwa yang diwartakan, itu terpulang kepada kerajaan-kerajaan negeri dan dari segi penguatkuasaan, itu bukan bidang kita,'' katanya.

Friday, May 1, 2009

doa mencegah perbuatan maksiat


jangan sesekali mendekatkan diri ke arah binasa....syangla diri sendiri lebih dari segalanya...jadilah insan beril

mu

Thursday, April 30, 2009

Papan Tanda Lalulintas Cinta

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepenjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. begitu jugalah percintaan kamu.. oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. buat sakit hati sehaja. yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. begitulah berlaku sebaliknya

SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. jangan terlalu memaksa dan terdesak. jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru

PEJALAN KAKI
Biarkan si dia beralu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti

JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. jangan mudah tidak tepati janji

JALAN SEMPIT
ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri

AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirk sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain

JARAKKAN KENDERAAN
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. itu lebih bahaya!!!

Saturday, April 11, 2009

mazhab shafie

moga kita tak lupa dan sentiasa peka dengan hukum agama dan mengetahui mazhab ikutan kita....setahu aku...mazhab shafie adalah mazhab paling ketat dan itulah mazhab ikutan kita warga malysia......dari kecik lagi kita dan melihat hebatnya mazhab ini dari segi aurat saje dah nampak betapa kekuatannya...cikgu sekolah aku penah kata yang negara arab amat menyanjungi negara kita Malaysia kerana mazhab pegangan warga kita...

patut lita ahli sunnah wal jamaah ada 4 mazhab
1. mazhab hanafi
2. mazhab hambali
3.mazhab maliki
4. mazhab shafie


tiap2 negara islam berpegang dengan mazhabnya yang berbeza mengikut kitab Taurat, Injil,Zabur dan Al-Quran...


semuannya wajib kita percaya dan kita pilih dan Malaysia telah meletakkan Mazhab Shafie sebagai panduan,ikutan dan peraturan........aku bukanlah ahli agama atau seorang yang arif cuma sebagai sedikit info panduan hidup kita


INFO: Dalam perkembangan pengukuhan mazhab Shafie di Malaysia, Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan memutuskan beberapa ketetapan termasuk;
• Semua fatwa yang diputuskan mestilah berdasarkan kepada qawl yang muktabar dalam mazhab Shafie. Jika hendak beramal dengan qawl daripada mazhab lain, mereka perlu mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.
l
• Umat Islam tidak dipaksa beramal dengan mazhab Shafie bahkan boleh beramal dengan mana-mana mazhab lain yang disukai dengan syarat mereka tidak boleh menyalahkan orang yang beramal dengan mazhab Shafie.
• Mazhab lain tidak boleh diajar atau disyarah secara terbuka di khalayak ramai namun boleh diajar pada majlis pelajaran.
lMenjadi satu kesalahan jika mengajar mazhab lain selain mazhab Shafie secara terbuka.
• Jika fatwa dikeluarkan berasaskan kepada mazhab Shafie, maka tiada sesiapa pun boleh membantahnya dengan menggunakan hujah daripada mazhab yang lain.



jadi jangan ambil mudah ye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...