Wednesday, September 7, 2011

Tips Bahasa Melayu PMR kertas 2

Bahagian A (1)- Rumusan

1. Cari lebih dari 6 isi dan hafal semua penanda wacana
2. Tidak lebih 80 patah perkataan.
3. 1 perenggan sahaja

A (11) Pemahaman

Soalan 1 dan 2 menguji kefahaman kamu tentang petikan. Jawapan perlulah di dalam bentuk ayat. Jangan sesekali menggunakan point mahupun sengkang.


Bahagian B - Karangan Berpandu


Karangan berpandu atau dikenali sebagai karangan berdasarkan bahan rangsangan memerlukan pendahuluan, 3 atau 4 isi dan penutup. Karangan berpandu mungkin akan diberi dalam bentuk carta, gambar mahupun jadual. Ambil maklum bahawa kamu perlu menulis dalam bentuk 5 perenggan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahagian C (Karangan Umum)

Buat pilihan tepat kerana kamu diberi pilihan untuk memilih tajuk. Jika saya adalah guru kamu, saya akan meminta kamu membuat pendahuluan, 5 isi dan penutup untuk menghasilkan 7 perenggan. Karangan umum ini boleh melebihi 360 patah perkataan.


Bahagian D

Soalan adalah berdasarkan novel yang kamu pelajari. Buat dalam bentuk karangan dan berperenggan. Oleh kerana soalan ini membawa kepada 10 markah maka seeloknya kamu memiliki 5 isi jawapan. Panjang karangan juga saya galakkan melebihi sejengkal tangan kamu atau separuh kertas.


Penting untuk kamu menulis dalam keadaan kemas dan tulisan yang cantik. Jika tulisan kamu kelihatan cakar ayam mahupun comot, ini akan menyukarkan guru menanda kertas jawapan. Didik diri untuk sentiasa ingat bahawa setiap soalan di kertas 2 perlu dijawab dalam bentuk karangan.


Tips ini relevan buat calon PMR dan pelajar menengah rendah dan tidak sesuai bagi calom SPM.

Tips menghadapi peperiksaan

1. Belajar dan faham.
2. Ulangkaji pelajaran dan buat latih tubi.
3. Jangan malu bertanya guru mahupun rakan.
4. Jangan tidur semasa peperiksaan berlangsung.
5. Pandang wajah ibu bapa, guru dan rakan dengan tenang dan cari keindahan ciptaan tuhan.
6. Periksa peralatan menulis, kad pengenalan mahupun slip peperiksaan.
7. Mohon maaf kepada ibu bapa, guru dan rakan.
8. Jangan terlampau yakin, nanti over confident.
9. Minum dan makan makanan yang manis seperti krismis, gula-gula dan buah-buahan semasa gemuruh.
10. Senyum.
11. Baca doa secara berkumpulan dan sendirian (apa yang kamu impikan tidak sama dengan impian orang lain).
12. Jika hilang fokus mahupun blur, pejam mata dan fikir perkara positif seperti bagaimana rasanya hidup di universiti, bagaimana perasaan ada diploma mahupun ijazah, dan muka ceria adik kamu yang comel.
13. Bayangkan wajah ibu bapa yang menaruh harapan tinggi, wajah guru yang bertungkus lumus mendidik dan wajah rakan-rakan yang akan berkongsi kejayaan.
14. Pandang dan teliti wajah guru bertugas yang menjaga peperiksaan, lihat bertapa mereka risaukan kamu.
15. Tawakal dan redha. Yakin dengan diri kamu.

Tarikh UPSR 2011

SELASA 13 September 2011

  • 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
  • 09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
  • 11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Matematik Kertas 2

RABU 14 September 2011

  • 08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
  • 09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman
  • 11:45 pagi — 01:00 petang = Bahasa Cina Penulisan

KHAMIS 15 September 2011

  • 08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
  • 10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
  • 11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
  • 02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...