Thursday, April 30, 2009

Papan Tanda Lalulintas Cinta

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepenjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. begitu jugalah percintaan kamu.. oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. buat sakit hati sehaja. yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. begitulah berlaku sebaliknya

SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. jangan terlalu memaksa dan terdesak. jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru

PEJALAN KAKI
Biarkan si dia beralu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti

JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. jangan mudah tidak tepati janji

JALAN SEMPIT
ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri

AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirk sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain

JARAKKAN KENDERAAN
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. itu lebih bahaya!!!

Saturday, April 11, 2009

mazhab shafie

moga kita tak lupa dan sentiasa peka dengan hukum agama dan mengetahui mazhab ikutan kita....setahu aku...mazhab shafie adalah mazhab paling ketat dan itulah mazhab ikutan kita warga malysia......dari kecik lagi kita dan melihat hebatnya mazhab ini dari segi aurat saje dah nampak betapa kekuatannya...cikgu sekolah aku penah kata yang negara arab amat menyanjungi negara kita Malaysia kerana mazhab pegangan warga kita...

patut lita ahli sunnah wal jamaah ada 4 mazhab
1. mazhab hanafi
2. mazhab hambali
3.mazhab maliki
4. mazhab shafie


tiap2 negara islam berpegang dengan mazhabnya yang berbeza mengikut kitab Taurat, Injil,Zabur dan Al-Quran...


semuannya wajib kita percaya dan kita pilih dan Malaysia telah meletakkan Mazhab Shafie sebagai panduan,ikutan dan peraturan........aku bukanlah ahli agama atau seorang yang arif cuma sebagai sedikit info panduan hidup kita


INFO: Dalam perkembangan pengukuhan mazhab Shafie di Malaysia, Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan memutuskan beberapa ketetapan termasuk;
• Semua fatwa yang diputuskan mestilah berdasarkan kepada qawl yang muktabar dalam mazhab Shafie. Jika hendak beramal dengan qawl daripada mazhab lain, mereka perlu mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.
l
• Umat Islam tidak dipaksa beramal dengan mazhab Shafie bahkan boleh beramal dengan mana-mana mazhab lain yang disukai dengan syarat mereka tidak boleh menyalahkan orang yang beramal dengan mazhab Shafie.
• Mazhab lain tidak boleh diajar atau disyarah secara terbuka di khalayak ramai namun boleh diajar pada majlis pelajaran.
lMenjadi satu kesalahan jika mengajar mazhab lain selain mazhab Shafie secara terbuka.
• Jika fatwa dikeluarkan berasaskan kepada mazhab Shafie, maka tiada sesiapa pun boleh membantahnya dengan menggunakan hujah daripada mazhab yang lain.



jadi jangan ambil mudah ye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...