Monday, September 27, 2010

Atas permintaan : Tema novel Sukar Membawa Tuah

Jika kamu seorang pelajar yang berdedikasi, adakah kamu tahu bahawa untuk soalan tema dan persoalan telah keluar pada tahun 2002.


Tema

Jika kita lihat kisah Adit ini, ia bertemakan kegigihan seorang remaja lelaki kaum orang Asli yang berusia sebelas tahun menempuh kehidupannya dari seorang remaja yang tidak mempunyai ilmu berusaha bersungguh-sungguh menuntut ilmu apabila diberi peluang oleh ibu dan ayahnya bersekolah di Pekan. Kegigihan ini boleh dirasai sewaktu Adit melihat rakan baiknya Akeh bersekolah asrama di Pekan dan menjadi pegawas sekolah. Kamu bolegh menambah sebanyak mungkin cerita yang kamu tahu dan faham. Tambahan pula novel ini adalah amat baru sekali.


Selain sukar membawa tuah, meniti kaca juga bertemakan ketabahan seorang remaja lelaki yang mendapat dugaan yang berat apabila ibunya sakit nanar dan meninggal dunia.


Selain daripada itu, novel pahlawan Pasir Salak pula bertemakan perjuangan penduduk kampung Pasir Salak menentang penjajah yang ingan menjajah tanah air mereka.


YANG PERLU KAMU INGAT IALAH SAMA ADA IA FIKSYEN ATAU BUKAN. JIKA PAHLAWAN PASIR SALAK IA ADALAH BERDASARKAN SEJARAH PENENTANGAN DI PASIR SALAK NAMUN MENITI KACA DAN SUKAR MEMBAWA TUAH BERKAITAN CERITA REKAAN IAITI CERITA PENDEK (CERPEN) HASIL NURKILAN PENGARANG NEGARA. BAGI PERSOALAN ELOKLAH DIBINCANGKAN DI LAIN HARI KERANA CIKGU SIBUK SEDIKIT.


Jika kamu pelajar tingkatan 1, rasanya kamu amat suka membaca novel ini seperti anak-anak murid cikgu di sekolah. Belum diajar sudah tahu tetapi masih belum mahir membuat jawapan yang mengikut kehendak soalan. yang penting jadika membaca jambatan ilmu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...