Sunday, March 18, 2012

Fungsi Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

Oleh ROHAIDAH MASHUDI dan J. SHAM WAHID

Apabila Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini mewajibkan kesemua 65 ribu orang pelajar asing yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia agar mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, kalangan pejuang bahasa menganggapnya sebagai langkah meletakkan semula kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pengajian tinggi di negara ini.

Dengan mewajibkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di negara ini bolehlah mereka memahami budaya setempat dengan lebih baik dan sekali gus mengembangkan dan menambah bilangan penutur bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa.

Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini.

Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.

___

Friday, March 16, 2012

Keputusan SPM 2011 pada 21 Mac 2012

SPM 2011 akan keluar pada 21 Mac 2012. Mulai jam 10.00 pagi calon boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing. Jam 12.00 tengahari, keputusan boleh di semak memalui sms ke talian yang tertera.



SEMAKAN SPM MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS ATAU SMS


Taip : SPM result jarak No.kad pengenalan
hantar ke : 15888

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...