Wednesday, April 21, 2010

rutin harian Adit bermula dan Impian Adit

Ringkasan Bab 2

Rutin harian Adit bermula

*Adit mengikut ayahnya Pak katan ke hutan mengutip hasil hutan di pagi hari. Masyarakat mereka masih mundur dan percaya untuk mewarisi peninggalan nenek moyang menjaga hutan. Jauh di sudut hati Adit ingin ke sekolah seperti rakannya akeh yang mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Orang Asli. Adit tidak bersekoalah walaupun berusia sebelas tahun kerana ayahnya ingin dirinya mewarisi pekerjaannya suatu hari nanti.

-Ini cuma ringkasan yang di buat oleh anak-anak murid saya.



Ringkasan bab 3


Impian Adit


Hari ini saya mengajar di kelas tingkatan satu yang agak kebelakang namun saya amat bangga dengan pencapaian mereka yang boleh menyenaraikan watak Adit. Sungguh berjaya misi pelajaran saya walaupun baru kali ke tiga mereka berada dalam sesi novel. Saya amat suka apabila mereka boleh menyatakan Adit merupakan anak Pak Katan dan Mak Tawi, kawan baik Akeh, berusia sebelas tahun dan tidak berpendidikan. Secara tidak sengaja seorang pelajar saya berkata yang mereka ini kaum Orang Asli dan tidak beragama. Ini menunjukkan mereka faham. Latar tempat amat penting dan mereka dapat menyenaraikan latar beserta pekara yang berlaku ketika itu seperti Hutan sebagai tempat mereka mencari rezeki. Bila kita mengajar dalam teknik penceritaan pelajar akan lebih mudah mengingatinya. Bagaimana cara untuk mereka mudah memahami iaitu meminta mereka menyenaraikan sendiri di papan hitam barulah mereka menggunakan kebijaksanaan berfikir.

Friday, April 9, 2010

Cerpen Tina (Komsas) T2

Di dalam antologi seuntai kata untuk dirasa wujud sebuah cerpen Tina. Ceritanya agak tegantung tetapi berjaya mencuri hati anak murid saya. Mengapa*

Watak Haidi*

abang kepada Sutina (Tina) yang telah meninggal dunia
pelajar sekolah menengah

Perwatakan Haidi*

sangat sayang akan adiknya Tina
seorang yang berani kerana memulakan salam perkenalan dengan Kursiah


Siapa Sutina*

adik kepada Haidi
telah meninggal dunia akibat sakit jantung berlubang


Perwatakan*

amat manja dengan abangnya
berani melawan penyakit yang dihidapi


Kursiah (Watak)

mirip wajah Tina
pelajar baru sekolah itu


Perwatakan *


bersemangat tinggi dalam larian
seorang yang tegas kerana pada mulanya tidak mahu berkenalan dengan Haidi


untul memberikan sdikit kefahaman tambahan, saya telah memasukkan watak dan perwatakan seorang pelajar yang mereka kenali supaya pelajar saya lebih memahami....


Adakah anda memahaminya.....

adit dalam novel sukar membawa tuah

watak
anak kepada Pak Katan dan Mak Tawi
berusia 11 tahun
tidak bersekolah
tinggal di perkampungan orang asli Bukit Lokan...
memengang kepercayaan animesme iaitu kepercayaan nenek moyang...



Fiksyen atau bukan fiksyen....

Friday, April 2, 2010

dari fesbuk

Jika anda menjadi guru, jangan berduka jika jatuh sekali sekala...
Kerana bangun berkali-kali lebih utama...

Jika anda mengajar di sekolah biasa,
Latar belakang muridnya pula biasa2 saja,
Tetapi anda berjaya menjadikan semangat juang mereka luar biasa,
Anda adalah guru perkasa harapan nusa.

Bukanlah seorang guru sejati,
Jika sentiasa kejarkan kelas tertinggi,
Kerana mengejar prestasi diri,
Guru yang ikhlas jatidiri,
Tidak memilih pelajar elit untuk dicurah bakti.

Jika anda mengajar kelas paling belakang,
Muridnya menulis tunggang langgang,
Ayatnya pun lintang pukang,
Andalah guru tulen yang cemerlang.

Jika orang lain sibuk berebut mengajar kelas depan,
Anda dirembat kelas sebarangan,
Masuk kelas tak cukup tangan,
Sebab banyak nak bagi bahan,
Andalah guru sanjungan.


Bukanlah guru yang kental
Jika hanya mengajar murid yang handal ....
Bukanlah guru yang cemerlang
Jika elak mengajar kelas belakang....

Jika murid menguji kesabaran,
Banyak melawan dari menulis jawapan,
Berdoalah siang malam dalam amalan,
Semoga murid menjadi insan,
Takkan rugi walau sekuman.

Jika murid berbau masam,
Kasut putih macam legam,
Hari cerah nampak hitam,
Gigi putih warna suram,
Tapi anda gurunya yang tetap tersergam,
Tekun dan bakti tak pernah padam,
Inilah guru yang murid idam.

Jika patah hati jiwa,
Sambungkan semula carilah punca,
Sampai ke mati ilmu dibawa,
Amal yg baik tak jadi cerca.

Jika anda banyak berkorban,
Biarlah tak siapa nampak berbulan-bulan,
Sebab bukan yang nampak jadi ukuran,
Yang tersembunyi jariahnya menjadi jalan.

Senyum, menangis, tawa ria, marah, jenaka, sedih, gurau senda, gembira, bahagia....
Hari-hari seorang guru biasa...
yang tidak meminta sepeluk hadiah sewaktu HARI GURU...atau sekurang-kurangnya sebatang pen merah yang masih berwarna...
Akan tetap menjalankan tugasnya selama ia upaya ...
Bukan mengejar pangkat dunia...
Tapi rasa tanggungjawab terhadap dunia pendidikannya yang lebih bermakna...



Tahniah rakan-rakan guru yang tabah dan jerihnya mendidik anak bangsa
Tanpa memilih pelajar bijak, sederhana atau lemah... tidak mengira tahap upaya
Sebenar-benarnya anda memang guru biasa, yg punya daya usaha luar biasa....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...