Sunday, July 29, 2012

Salam Ramadan 1433H

Salam Ramadan 1433H buat pembaca blog cikgumyzura. Semoga ramadan kali ini dijalani dengan penuh istiqamah.

Monday, May 7, 2012

Tema Hari Guru 2012


Assalamualikum dan Salam 1 Malaysia.
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.Tema Hari Guru pada tahun 2012 ialah
“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK.

Sunday, March 18, 2012

Fungsi Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

Oleh ROHAIDAH MASHUDI dan J. SHAM WAHID

Apabila Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini mewajibkan kesemua 65 ribu orang pelajar asing yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia agar mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, kalangan pejuang bahasa menganggapnya sebagai langkah meletakkan semula kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pengajian tinggi di negara ini.

Dengan mewajibkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di negara ini bolehlah mereka memahami budaya setempat dengan lebih baik dan sekali gus mengembangkan dan menambah bilangan penutur bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa.

Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini.

Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.

___

Friday, March 16, 2012

Keputusan SPM 2011 pada 21 Mac 2012

SPM 2011 akan keluar pada 21 Mac 2012. Mulai jam 10.00 pagi calon boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing. Jam 12.00 tengahari, keputusan boleh di semak memalui sms ke talian yang tertera.



SEMAKAN SPM MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS ATAU SMS


Taip : SPM result jarak No.kad pengenalan
hantar ke : 15888

Thursday, January 26, 2012

Apakah yang di maksudkan dengan plot dalam Novel Sukar Membawa Tuah

Plot adalah peristiwa yang berlaku berdasarkan sebab dan akibat dan saling berkait antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Plot terbahagi kepada dua iaitu binaan plot dan teknik plot.

Binaan plot terbahagi kepada 4

1) Permulaan - Apa yang berlaku pada permulaan novel Sukar Membawa Tuah

2) Perkembangan - Adit menyatakan hasrat untuk bersekolah dan apa yang berlaku selepas itu.

3) Klimaks/Puncak - Adit dapat bersekolah atas bantuan siapa, dimana, hingga berlaku kemalangan sewaktu pulang dari sekolah.

4) Peleraian - Adit sembuh dan di tawarkan ke asrama, belajar bersungguh-sungguh dan berjaya.

Untuk novel Sukar Membawa Tuah, binaan plot adalah tersusun.

Teknik plot

1) Teknik dialog

2) Teknik imbas kembali

3) Teknik kejutan

4) Teknik pemerian (gambaran)

5) Teknik monolog (berkata-kata sendiri)

Saya harap huraian ringkas ini dapat membantu kamu memahami apa itu plot atas permintaan rakan kamu. Selamat belajar.


Tuesday, January 24, 2012

Tentang Cerpen Trauma Embah

Cikgu sudah membuat ulasan mengenainya. Jika kamu ada sebarang pertanyaan bolehlah bertanya di ruangan komen dan cikgu akan terangkan lagi. Ulasan mengenau Drama Trauma Embah boleh kamu jumpa dengan klik pada butang "Tingkatan 1" yang ada di halaman atas. Selamat membaca dan memahaminya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...