Saturday, February 6, 2010

bab 1 novel sukar membawa tuah


Bab 1 – Inilah Dunia Kami (sinopsis dari blog cikgu munsyibm)

Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di hutan pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia meletakkan kembali belat tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi.

...................................................................


semalam saya mengajar pelajar tingkatan 1 ringkasan untuk bab 1 atau lebih kepada sinopsisnya....


begini...latihan


Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak Katan adalah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam....So selepas penerangan latihan ini barulah saya akan memasukkan kisah hidup mereka. Saya akan meminta pelajar tingkatan satu membaca secara rawak yang saya pilih. Selalunya saya tidak akan menyuruh mereka membuat latihan yang banyak. Saya akan meminta mereka membaca satu hingga dua perenggan kerana saya ingin mengenalpasti pelajar yang mahir dan kurang mahir dalam bacaan. Selepas itu latihan dibuat dan saya akan meminta mereka mengisi tempat kosong. Saya akan menerangkan kepada mereka watak-watak yang ada didalam bab 1 ini. Oleh kerana saya sentiasa memupuk minat membaca dan ingin mereka menjadi berani sejak tingkatan 1, saya akan sentiasa memilih yang benar-benar layak ke depan. Saya juga ingin mereka merasakan subjek Bahasa Melayu bukanlah memboringkan mereka apatah lagi adanya komponen sastera.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...