Wednesday, March 17, 2010

ujian bahasa melayu tingkatan 1 (tatabahasa)

1. “Jika semua peserta rombongan telah hadir, bolehlah ____________ bertolak sekarang,” kata ketua rombongan ke Gua Tempurung.
A. kita B.kami C. kamu D.mereka


2. Tan Sri Muhyyidin Yassin merupakan _____________ Malaysia juga merangkap jawatan sebagai Menteri Pelajaran.

A. Perdana Menteri B. Timbalan Perdana Menteri C.Menteri Pertahanan D. Ketua Polis


3.____________ yang terkenal itu telah merasmikan Rumah Kebajikan Berkat
di daerah Johor Bahru.

A. Dermawan B. Bangsawan
C. Cendekiawan D. Sukarelawan


4. Pokok kelapa di belakang rumah saya _____________ setelah dipukul ribut.

A. bengkok B. bongkok
C. condong D. serong

5. Budak yang _____________ itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.
A. terang hati B.sampai hati
C. cekal hati D. ada hati

6. Malek Maidin ____________ nama sebagai lelaki pertama dari Asia Tenggara yang berjaya merenangi Selat Inggeris.
A. mengukir B. menempa
C. menempah D. membentuk



7.Usaha kerajaan menggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah atas ___________ tentang pentingnya kesejahteraan yang sama rata antara penduduk di Malaysia.
A. kemahuan B.kejayaan C. kesedaran D. keinginan

8. Kambing-kambing yang sedang ___________ itu dikejar oleh anjing liar.
A. bergelimpangan B. berkeliaran
C . bertempiaran D. bergayutan


9. Apabila saya mempunyai wang, saya akan ___________ kawan-kawan.
A. belanja B.membelanjakan C. membelanjai D. memperbelanja

10. Sikapnya yang jujur dan ___________ disenangi oleh semua pekerja di syarikat itu.
A. berhemat B.berhormat C. berhemah D. berbudi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...