Wednesday, September 7, 2011

Tips Bahasa Melayu PMR kertas 2

Bahagian A (1)- Rumusan

1. Cari lebih dari 6 isi dan hafal semua penanda wacana
2. Tidak lebih 80 patah perkataan.
3. 1 perenggan sahaja

A (11) Pemahaman

Soalan 1 dan 2 menguji kefahaman kamu tentang petikan. Jawapan perlulah di dalam bentuk ayat. Jangan sesekali menggunakan point mahupun sengkang.


Bahagian B - Karangan Berpandu


Karangan berpandu atau dikenali sebagai karangan berdasarkan bahan rangsangan memerlukan pendahuluan, 3 atau 4 isi dan penutup. Karangan berpandu mungkin akan diberi dalam bentuk carta, gambar mahupun jadual. Ambil maklum bahawa kamu perlu menulis dalam bentuk 5 perenggan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahagian C (Karangan Umum)

Buat pilihan tepat kerana kamu diberi pilihan untuk memilih tajuk. Jika saya adalah guru kamu, saya akan meminta kamu membuat pendahuluan, 5 isi dan penutup untuk menghasilkan 7 perenggan. Karangan umum ini boleh melebihi 360 patah perkataan.


Bahagian D

Soalan adalah berdasarkan novel yang kamu pelajari. Buat dalam bentuk karangan dan berperenggan. Oleh kerana soalan ini membawa kepada 10 markah maka seeloknya kamu memiliki 5 isi jawapan. Panjang karangan juga saya galakkan melebihi sejengkal tangan kamu atau separuh kertas.


Penting untuk kamu menulis dalam keadaan kemas dan tulisan yang cantik. Jika tulisan kamu kelihatan cakar ayam mahupun comot, ini akan menyukarkan guru menanda kertas jawapan. Didik diri untuk sentiasa ingat bahawa setiap soalan di kertas 2 perlu dijawab dalam bentuk karangan.


Tips ini relevan buat calon PMR dan pelajar menengah rendah dan tidak sesuai bagi calom SPM.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...