Thursday, January 26, 2012

Apakah yang di maksudkan dengan plot dalam Novel Sukar Membawa Tuah

Plot adalah peristiwa yang berlaku berdasarkan sebab dan akibat dan saling berkait antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Plot terbahagi kepada dua iaitu binaan plot dan teknik plot.

Binaan plot terbahagi kepada 4

1) Permulaan - Apa yang berlaku pada permulaan novel Sukar Membawa Tuah

2) Perkembangan - Adit menyatakan hasrat untuk bersekolah dan apa yang berlaku selepas itu.

3) Klimaks/Puncak - Adit dapat bersekolah atas bantuan siapa, dimana, hingga berlaku kemalangan sewaktu pulang dari sekolah.

4) Peleraian - Adit sembuh dan di tawarkan ke asrama, belajar bersungguh-sungguh dan berjaya.

Untuk novel Sukar Membawa Tuah, binaan plot adalah tersusun.

Teknik plot

1) Teknik dialog

2) Teknik imbas kembali

3) Teknik kejutan

4) Teknik pemerian (gambaran)

5) Teknik monolog (berkata-kata sendiri)

Saya harap huraian ringkas ini dapat membantu kamu memahami apa itu plot atas permintaan rakan kamu. Selamat belajar.


1 comment:

Unknown said...

terima kasih kerana membantu saya..in sha Allah pada esok hari saya akan bertanya pada guru saya..terima banyak banyak kerana membantu saya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...