Ibu bersyukur ke hadrat ilahi
atas kelahiran Aya Atiyah yang ke 17 tahun ketika Aya sedang berjuang menduduki
SPM waktu itu. Ibu senyum lagi bila melihat kelibat Ali dan Amira yang
berkelahi sesame mereka. Penceraian ibu dengan ayah memisahkan ibu untuk beri
kasih sayang kepada Along, Angah dan Alang. Pada ibu cuma ada Aya, Ali dan
Amira. Ibu redha, ibu teringat kek coklat yang Cuma tiga potong yang ibu beli
balik kerja tadi buat Aya, Ali dan Amira. Kata ibu “ cukup seorang sepotong tak
payah untuk ibu “. Aya diam, Ali dan Amira juga diam. Kesian ibu terpaksa
berbagi anak dengan ayah, bukan ibu tak mahu jaga semua anak tapi ibu seorang
kerani biasa, mana nak tanggung enam orang anak semuanya.
“ Ibu termenung jauh benar “. Amira mengusik ibu yang sedang sayu hati.
Ibu senyum menjeling
anak bongsunya itu. Hati ibu senang sekali bila Mira sudah masuk
UiTM. Ibu masih termenung buat Amira
resah sekali.
No comments:
Post a Comment